Archive for the Sedap Ke?? Category

Kumpulan Cham ( Raja Lawak 2)

Posted in Sedap Ke?? on Mac 30, 2009 by alisetan85

Minggu ke- 4

Minggu ke-7

Akhir

Burger nasi mini

Posted in Sedap Ke?? on Februari 6, 2008 by alisetan85

Bahan-bahan ( 8 biji mini )

  • 2 cawan nasi
  • *50gm carot
  • *50gm celary
  • * sayur boleh digantikan dengan sayuran yang disukai…
  • 50gm chedar cheese – potong kecil2
  • 1 biji telor – untuk disapu atas mini burger
  • 1 sudu teh perasa maggi (ikut suka)
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Burger_nasi_1

    Cuci sayur dan potong kecil kemudian masukkan ke dalam mangkok yang berisi nasi dan cheese. Campurkan kesemua bahan dan letakkan peras secukupnya

  2. Burger_nasi_2

    Masuk dalam food processor dan biarkan semua bahan sebati – jika tak ada food processor bolehlah gunakan blender kering atau apa saja cara untuk lumatkan semua bahan agar sebati

  3. Burger_nasi_3

    Ambil sedikit adunan dan bulat2 kan dan ditekan leper – macam buat burber atau bergedil

  4. Burger_nasi_4

    Sapukan telor ke atas burger mini tadi dan masak atas kuali yang telah dilenser dgn minyak/butter

  5. Burger_nasi_5

    Masak kedua bahagian hingga garing dan bolehlah dihidangkan bersama roti atau makan begitu sahaja dengan sos kesukaan anda…

Kepak ayam bakar berempah

Posted in Sedap Ke?? on Februari 6, 2008 by alisetan85

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 1 kilo kepak ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan serbuk jintan kasar
  • 1 sudu makan serbuk jintan halus
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan kepak ayam dan toskan
  2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
  3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
  4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
  5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak

Aiskrim goreng.

Posted in Sedap Ke?? on Februari 6, 2008 by alisetan85

  Cimg1055a

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Bahan A
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 4 sudu besar tepung susu
  • 1 sudu kecil instant yis
  • 3 sudu kecil gula aising
  • 2 sudu besar butter
  • Secubit garam
  • Bahan lain
  • aiskrim vinella
  • 1 biji telur
  • 1 cawan Breadcrupt

Cara-cara

  1. Campur ke semua bahan A dan sedikit air sehingga menjadi satu doh yang lembut (seperti membuat donut)
  2. Bahagikan doh beberapa bentuk bulat untuk dicanaikan. Kemudian ambil satu doh tersebut dan canaikan nipis seperti membuat kulit karipap
  3. Panaskan minyak dahulu kerana ia memperlukan jangka masa pendek untuk digoreng kalu tidak, doh akan menjadi lembik kerana aiskrim akan cair jika di biarkan terlalu lama. Kemudian pukul telur ke dalam satu mangkuk.
  4. Setelah di canai isikan satu sudu aiskrim ke dalam doh dan klipkan bahagian tepi doh agar aiskrim tadi tidak terkeluar bila digoreng.
  5. Letak doh ke dalam telur , angkat dan balik balikan doh ke dalam breadcrupt. Terus goreng untuk 1 minit ke 2 minit sahaja.
  6. Sedia untuk disantap. Guna aiskrim vinella kerana lambat cair jika digoreng (perasa apa2 pun boleh)

Kek Coklat kukus simple

Posted in Sedap Ke?? on Februari 6, 2008 by alisetan85

Bahan-bahan ( 10cm )

  • 1 cawan gula aising,
  • 1 cawan bancuhan susu
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan serbuk koko,
  • 1/4 cawan hirisan badam
  • 4 biji telur saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. pukul gula dan mentega hingga kembang
  2. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar hingga kembang. masukkan air bancuhan susu dan akhir sekali masukkan esen vanila dan off kan mixer.
  3. satukan tepung dan badam dengan serbuk koko
  4. masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi sambil dikaup menggunakan senduk.
  5. sapukan loyang kek dengan sedikit mentega dan tabur dengan tepung sebelum diterbalikkan dan di ketuk-ketuk untuk mengeluarkan sisa tepung yang tak melekat, tujuannya untuk memudahkan kek keluar dengan cantik apabila diterbalikkan.
  6. masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang dan bolehlah dikukus hingga masak(40-45min)
  7. Untuk Creamer:- Nak buat creamer coklat pun senang jer..cairkan 2 sudu makan mentega di atas api kecil, masukkan 1/3 cawan serbuk koko(kacau kejap)+tuangkan 1/2 cawan susu pekat manis sedikit-demi sedikit dan kacau hingga menjadi likat. bolehlah di tuang di atas kek kemudian di tabur dengan coklat rice/hiasan kek lain…simplekannn

Kek Coklat tanpa butter

Posted in Sedap Ke?? on Februari 6, 2008 by alisetan85

  

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

Resipi membuat coleslaw ( sayur campuran + mayonis )

Posted in Sedap Ke?? on Februari 6, 2008 by alisetan85

Bahan-bahanKobis Putih 1 kg

Lobak Merah 150 gram

Mayonis 200 gram

Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar

Gula Pasir 5 sudu besar

Garam 1 sudu teh (rata)

Cuka 1 sudu besar

Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.

Cara MembuatnyaKobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.

Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.

Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)

Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.

Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.

Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!

Nota TambahanKalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.

Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.

Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.

Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.

Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!