Archive for the Dunia Pengakap Category

PERSETIAAN PENGAKAP

Posted in Dunia Pengakap on April 5, 2008 by alisetan85

persetiaanPERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

Sejarah Persekutuan Pengakap Malaysia

Posted in Dunia Pengakap on April 3, 2008 by alisetan85

pengakap

Pada tahun 1910, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sands datang ke Singapura dan menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak Inggeris. Pada tahun 1919, Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsajoff telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak Melayu yang berbahasa Inggeris di Singapura.

Negeri-negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah di Pekan, Pahang oleh G.M. Laidlow. Pada tahun 1915, pergerakan pengakap ditubuhkan di Pulau Pinang oleh seorang ahli pendidik, iaitu H.R. Chessman di Penang Free School.

Pada tahun 1922, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perak oleh I.R. Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Di Melaka dan Negeri Sembilan ia ditubuhkan oleh Brunstone, di Selangor oleh Ameen Akhbar, di Terengganu oleh A.J. Gracle pada 1927, di Kelantan oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong dan di Johor oleh Chessman pada 1928 di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar). Pada tahun 1931, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perlis. Sabah pula menubuhkan pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sarawak pada tahun 1915.
Sebelum perang dunia kedua, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri. Selepas perang dunia kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Great Britian. Selepas merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, namanya telah ditukarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan keahliannya termasuk negeri Sabah, Sarawak dan Singapura.

Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat (Davidson Road), Kuala Lumpur merupakan Ibu Pejabat PPM. Ia telah dibuka secara rasminya pada 5hb Januari 1957 oleh Tuan Yang Teramat Mulia Sir Donald Macgillivray K.C.M.G., M.B.E. sempena menyambut perayaan ulang tahun ke-50 pengakap dunia.

penang_free_school1 Gambar 1: Penang Free School

EC before n after Gambar 2 :- English College ( Maktab Sultan Abu Bakar JB )

Sejarah Pengakap

Posted in Dunia Pengakap on April 2, 2008 by alisetan85

baden_powell1Pengasas Pengakap, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dilahirkan pada 22hb Februari 1857 di Hyde Park, London. Pada tahun 1876, Baden Powell (BP) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam pasukan askar di India.

Pada tahun 1903, BP mendapat pangkat Ketua Inspektor. Pada tahun 1907, ketika pulang ke England, BP menganjurkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.

Pada tahun 1908, BP mengarang sebuah buku yang bertajuk ‘Scouting for Boys’. Buku ini telah menjadi kitab bagi pengakap dunia. Ramai yang menerima ideanya. Hal ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia.

Dalam Jambori Pengakap Sedunia pertama di Olympia pada tahun 1920, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung sedunia. Pada tahun 1937, BP bersama isterinya, Lady Baden Powell meninggalkan London dan menuju ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sebuah kampung.

BP melancong ke serata dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan Pengakap dan Pandu Puteri. BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan Pengakap. Pada 8hb Januari 1941, BP meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh kehormatan di Kenya, Afrika. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pengakap ialah:

TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU

Jambore 2004

Posted in Dunia Pengakap on April 1, 2008 by alisetan85

Salam Pengakap….

Aku telah menyertai Pengakap ini sudah lama…tapi tuk mengikuti Jambore besar mmg susah…maklom ler kowg semua pun sedia maklom… nie pengalaman aku yang x dapat aku lupo kan..menyertai Jambore Johore 2004 di ¬†Tanjung Labuh,Batu Pahat Johore…

Kalo g jambore nie..msti ler soonook….ramai teman2 baru…tp masa aku join Jambore nie…aku sudah jadi Kelana…so aku kene ler Berkhidmat bkn jd peserta….kire sebagai urusetia ler….aku masa tue berkhidmat di bawah Pengakap Johor Bahru…Sronok gak…Pengakap ble menyanyi,menari,berkhidmat,dan mcm2 lagi….aku teringat masa zaman kanak2 dulu….hehehe…dah tua pn kalo kat Pengakap owg x kisah kita menyanyi…2 yang best tue..

Lepas abis Jambore nie…aku mula aktif menyertai pasukan Pengakap JB…aku Kumpulan I Rovers….“sekali berpengakap,selamanya berpengakap”

jambore 2004

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Posted in Dunia Pengakap on Mac 7, 2008 by alisetan85

Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat

Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.