Fatwa Pengharaman Yoga Dipertikai : Salah Siapa?

Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan fatwa pengharaman Yoga, namun ramai yang terus mempertikaikan keputusan tersebut baik daripada individu mahupun pertubuhan malahan di peringkat negeri. Negeri Selangor contohnya masih menangguhkan keputusan Majlis Fatwa tersebut dengan alasan-alasannya. Sister In Islam pula dengan lantang mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut dengan alasan senaman Yoga tidak menjejaskan aqidah umat Islam.

yoga_collage3

Salah Siapa apabila keputusan tertinggi bagi umat Islam di negara ini terus dipertikai? Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan dan akidah umat Islam. Kita sebagai umat Islam yang jahil tentang hukum-hakam ini usah mempertikaikan keputusan tersebut.

Kita perlu mendengar serta berfikir secara rasional dan berdasarkan syariat, bukan hanya menggunakan logik akal semata-mata. Biarpun tujuan senaman Yoga adalah untuk kesihatan, namun dibimbangi ianya akan memesongkan akidah umat Islam kerana terdapat unsur-unsur yang berkait rapat dengan ajaran Hindu. Adakah kita terlalu ketandusan idea dengan memilih ajaran daripada agama lain dengan alasan untuk menjaga kesihatan.

Bukankah Islam sendiri telah mengajar kita satu bentuk senaman yang cukup sempurna iaitu sembahyang lima waktu. Apa yang kita perlu buat adalah menjaga sembahyang yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. sebanyak lima waktu sehari semalam. tidak sedarkah kita bahawa alim ulamak yang sentiasa menjaga sembahyang mereka jarang mengalami masalah kesihatan. mereka ini tidurnya sedikit kerana sentiasa melakukan amalan-amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah termasuk sembahyang di waktu sepertiga malam.

Ternyata kebanyakannya sihat walafiat kerana sembahyang itu salah satu bentuk senaman selain merupakan ibadat yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. Semalas-umat Islam yang menjaga solat wajib lima waktu tanpa melakukan solat sunat sahaja akan melakukan 17 kali ruku’, 34 kali sujud dan 10 kali salam sehari semalam.

Bukankah ianya satu senaman yang menyihatkan? Tidak perlu kita terlampau taksub untuk melakukan senaman Yoga melainkan sikap kita sendiri yang tidak menjaga solat lima waktu, dan adakah solat yang dikerjakan itu betul-betul sempurna?

yoga-position-pos1yoga

Kenapa sekarang baru dikeluarkan fatwa? Saya sedikit kecewa kerana hanya waktu sekarang fatwa pengharaman senaman Yoga dikeluarkan sedangkan isu ini telah lama timbul di negara ini. Sepatutnya Majlis Fatwa Kebangsaan mestilah terlebih ke hadapan dalam isu-isu yang melibatkan fatwa. Perkara ini telah pun wujud di negara kita sejak 10 tahun lalu dan pernah dibangkitkan sebelum ini.

Namun dimanakah majlis Fatwa Kebangsaan pada waktu itu. perkara yang berkait dengan hukum agama seboleh-bolehnya haruslah disegerakan. Sepuluh tahun berlalu, bagi sesetengah masyarakat kita yang kurang ilmu agamanya menganggap kewujudan senaman Yoga ini sebagai satu peluang perniagaan. maka tidak hairanlah terdapat di antara mereka yang telah membuka pusat-pusat latihan senaman Yoga sebagai satu perniagaan.

Malah ada di antaranya telah lapan tahun mengendalikan pusat latihan ini tanpa mengetahui ianya adalah haram di sisi agama Islam. Justeru tidak hairanlah golongan ini terus melatah dengan pengharaman tersebut yang hanya dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini kerana perniagaan ini merupakan periuk nasi mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: