Liverpool Kembali ??

Liv is the KingKAPTEN Steven Gerrard menjaringkan gol kedua Liverpool menerusi sepakan penalti pada aksi di Old Trafford semalam.

MANCHESTER – Pemburuan takhta Liga Perdana England kembali terbuka selepas Liverpool berjaya membelasah Manchester United 4-1 di Old Trafford semalam.

Kemenangan yang dilakar Liverpool itu sekali gus memecah rekod tanpa kalah United di gelanggang sendiri musim ini.

Ia juga merupakan kekalahan kedua United kepada Liverpool musim ini selepas skuad Red Devils itu tewas 1-2 di Anfield pada 13 September lalu.

“Saya sukar menerima kekalahan ini kerana pasukan kami berada pada prestasi baik. Saya anggap ini merupakan hari malang buat kami,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Sebelum perlawanan bermula, United begitu gah dengan kelebihan tujuh mata tetapi kekalahan kepada Liverpool telah menyebabkan kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan empat mata.

Bintang United, Cristiano Ronaldo menggembirakan peminat tuan rumah apabila meledak gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-23.

Sepakan penalti itu berpunca apabila Park Ji-sung dijatuhkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina dalam kotak penalti.

Bagaimanapun penyerang Liverpool, Fernando Torres dan kapten Steven Ger- rard masing-masing menjaringkan satu gol sebelum tamat babak pertama.

Ketinggalan satu gol, United terus menggandakan asakan sebaik separuh masa kedua bermula tetapi mereka tetap gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan Liverpool.

gol ke -4PEMAIN Liverpool meraikan gol keempat yang dijaringkan Andrea Dossena (kiri) pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford semalam.

Ferguson membuat tiga pertukaran serentak pada minit ke-74 dengan memasukkan Ryan Giggs, Dimitar Berbatov dan Paul Scholes menggantikan Michael Carrick, Ji-sung dan Anderson.

Namun, percaturan itu memakan diri apabila pertahanan, Nemanja Vidic yang dilayangkan kad merah dua minit kemu- dian selepas menjatuhkan Gerrard di luar kotak penalti.

Hasilnya, Liverpool berjaya menambah gol ketiga menerusi sepakan percuma yang diambil Fabio Aurelio seminit kemu- dian.

Pemain pertahanan, Andrea Dossena melengkapkan malam derita United apabila menjaringkan gol keempat Liverpool pada lewat perlawanan babak kedua. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: