Liverpool Mengganas

the reds vs madrid

LONDON – Kapten Liverpool, Steven Gerrard sudah mula melaungkan amaran kepada kelab handalan Eropah.

Ia berikutan kejayaan Liverpool mara ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara selepas membenam Real Madrid menerusi kemenangan agregat 5-0.

Pada aksi kedua, pusingan kalah mati di Anfield kelmarin, Gerrard meledak dua gol bagi membantu Liverpool menang 4-0 ke atas kelab gergasi Sepanyol itu.

Paling membanggakan, dua gol tersebut menyaksikan Gerrard kini telah merekodkan 100 gol dalam kempen Liga Juara-Juara. “Aksi hari ini (kelmarin) adalah cukup hebat seperti aksi yang kami pamerkan sepanjang musim ini,” kata perancang England itu.

liverpool-fc-the-legend-of-eur-119649

“Kami bermain dengan hebat dan berjaya melaksanakan tugas dengan baik pada babak pertama. “Babak kedua kami hanya perlu menyudahkan permainan ini, tapi kami dapat juga menjaringkan dua gol. Semua pemain puas hati.

“Saya tidak kisah dengan statistik peribadi, apa yang penting ialah kami mencatat kemenangan dalam perlawanan ini.”Penyerang Liverpool, Fernando Torres yang disahkan cergas beberapa jam sebelum sepak mula, menjaringkan gol pertama Liverpool pada minit ke-16.

Gerrard menambah dua lagi gol masing-masing pada minit ke-28 dan 47 sebelum pemain pertahanan, Andrea Dossena meledak gol keempat Liverpool dua minit sebelum perlawanan tamat.

“Turun menentang Real adalah sangat penting bagi saya kerana sejarah saya bersama Atletico Madrid. Saya sanggup menahan kesakitan,” kata Torres.

“Sudah tentu gol itu sangat penting bagi saya dan juga buat peminat Liverpool. Ia sangat bermakna bagi mereka.” – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: