Musibah Yang Ku Terima

JUMAAT – 14/11/2008

Tengah malam yg gelap lagi menyeramkan,jam pada tanganku menunjukkan 11.00 malam…aku memacu keretaku yang kecil berwarna kelabu yang menjadi kebanggaanku kerna jasa kereta ini telah membawaku pergi ke mana sahaja yg ku hajati.Pada ketika itu tujuan aku keluar pada malam yg gelap gelita ini adalah ingin pulang ke kampung ku…Aku sebenarnya suka memandu malam kerna bagiku, ianya tidak terlalu merimaskan..Kesesakan di bandar Kosmopolitan telah membuatku benci akan memandu pada siang hari..Ketika itu bersama2 dengan ku adalah org yg aku kenali iaitu seorg bapa saudaraku,manakala 2 lagi adalah ibu saudaraku…

Sabtu 15/11/2008 (awal pagi)

Aku mengarahkan keretaku terus menuju ke arah selatan tanah air..Dengan kekuatan 850 cc, kereta ku gagah berjalan walaupun aku dapat merasai sedikit berat tetapi kereta kebanggaan ku terus bergerak maju tanpa mengeluh..

Perjalanan semakin jauh..Rumah yg ku didiami juga tidak kelihatan..aku berhenti rehat sebentar di R&R Seremban…memang menjadi kebiasaan bagi ku berehat di R&R Seremban…lagipun,mee kari kat situ sedap lagi mengancam..hehehe…  “Makcik, mee kari 1…” pinta ku kpd makcik yg menjual mee kari tue..huhu…

Aku berehat rasanya setengah jam…masa tuk berlepas…perjalanan masih jauh..pewot dah kenyang…abis mee kari aku bedal..perjalanan ke selatan semakin ku tuju…dengan kekuatan 850cc, kereta ku memecut..jarum speedo meter menuju ke 100 km/j.. aku x bole bawak laju sgt,dlm ati ingin aje aku memerah padel sampai k lantai..dengan kerusi sport yg aku miliki,aku seolah2 berkhayal seketika;dalam ati ku berkata,”mcm bawak kereta sport rasanya…hehehe..”

Perjalanan makin jauh…jalanraya ku susuri dgn gahnya..malam yg gelap telah ku terangkan dengan cahaya lampu keretaku, bunyi yg sunyi telah ku bisingkan dengan deruman enjin kereta yg mengaum..hati ku terasa gembira tidak terkira..

Adus..penatnya badan ku..memandu kereta kecil memenatkan ku..aku pun mengambil keputusan untuk berhenti seketika..kali ini desrinasiku adalah hentian Machap…Setibanya di sana, aku bergegas ke bilik khas bagi  kaum adam…aku menyampaikan hajatku seketika disana…Perggghh…lega akhirnya,hajat telah di tunaikan…badan tidak terasa letih lagi…Di hentian Machap, hanya aku ngan bapa saudaraku sahaja turun…manakala penumpang yg selebihnya ku tinggalkan didalam keta..huuh…lama rupanya aku berehat…hampir 10 minit juga aku di bilik khas…menunggu pakcik ku yg bergerak  agak perlahan pergerakannya,menuju ke keta…perjalanan ingin ku teruskan..tetapi kelihatan seolah2 keta ku x mengizinkan…rupa2nya, baru ku sedar..minyak lom ku isi lagi..mujurlah di Machap itu ada Petronas…aku isi RM30..perjalanan dah hampir sampai k penghujungnya…kalo ikukan perkiraannya, lebih kurang 1 jam sahaja lg aku akan tiba…Makcik2 ku yang selama ini diam, tiba2 terjaga,seolah2 ada orang yg yang mengejutnya…Minyak telahku isi,maka perjalanan perlu di teruskan..aku sempat berbual2 ngan makcik ku yang telah bangun…Kami berborak..lagipn jarak perjalanan dari perhentian dgn destinasi tidaklah berapa jauh..cume mengambil masa sejam perjalanan..

sedang sedap berborak…hati ku tidak keruan…degupan jantung semakin laju..aku x tau mengapa… aku lihat cermin pandang belakang, kelihatan cahaya lampu meluru laju….aku x pasti samada kereta itu nampak aku @ tidak…tiba2, dentuman kuat kedengaran..rupa2nya aku telah di langgar oleh sebuah kereta yang asing bagi ku…aku berpusing bersama2 dgn keretaku…perasaanku ketika itu,hanya Allah sahaja yang tahu..aku keluar dari kereta, bagaikan tidak percaya,aku terlibat dalam kemalangan..ku lihat, penumpang yg ku bawa sudah tidak kelihatan..rupa2nya..mereka telah ‘pergi dahulu meninggalkan diriku…’ aku hanya mampu melihat tubuh yang kaku lagi tidak bernyawa di bahu jalan..Kesedihan,kekesalan dan pelbagai lagi perasaan yg termangu di dalam benakku…

Aku redha akan qada dan qadar yang ku terima ini dan dugaan yang menimpa diriku..Bagiku ajal maut semua di tangan Maha Pencipta, kita sebagai hambanya perlulah sentiasa mengingati Maha Pencipta.

kancil-1

Gambar atas dan bawah menunjukkan kereta aku yang terlibat dalam kemalangan tersebut…

kancil-21

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: