Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus

Bahan-bahanTelur (saiz besar) 7 biji

Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)

Gula Pasir 3 sudu besar

Garam 1 sudu kecil

Tepung Kastard 2 sudu besar

Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)

Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnyaLetak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!

Masukkan telur, air, gula pasir, garam, tepung kastard, susu ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.

Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.

Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.

Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.

Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).

Nota:Resepi ini telah diuji kelmarin dan semalam saya buat lagi sebab isteri tersayang suka makan puding ni. Ianya sangat mudah dan saya yakin peratus keberhasilannya ialah 99.99%. Cubalah, insya’allah berjaya!

Api dapur sederhana kecil ialah api sekadar untuk maintain agar air pada pengukus tetap dalam keadaan mendidih yang paling minima. Bermaksud air tetap menggelegak tetapi dalam keadaan menggelegak yang paling kecil. Sila pastikan sebelum anda meletakkan adunan untuk dikukus.Tujuan menapis ramuan yang telah diblender ialah untuk memastikan agar hanya bahan yang telah benar-benar halus dan sebati sahaja yang dimasak. Ia juga untuk memerangkap dan membuang “tali pusat” telur yang memberikan bau hanyir kepada puding.

Sekiranya tiada blender, anda boleh gunakan mixer atau kacau gunakan senduk atau sudu. Yang penting, pastikan ramuan benar-benar sebati.Anda boleh juga menambah Esen Vanilla atau Esen Pandan untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi pada puding tersebut.

Bagi yang nak 100% telur tanpa tambahan tepung kastard, boleh juga. Jangan risau, tetap menjadi puding anda itu. Cuma teksturnya kurang gebu dan lebih padat. Namun tetap lembut dan sedap! Garam ditambah untuk memberikan efek rasa yang “lemak” bukan masin. Ada sesetengah resepi yang lain tidak menambah garam. Tapi saya sarankan letakkanlah garam dan ikutlah sukatan yang disyorkan.Kalau nak kurangkan manis, kurangkan la sukatan susu pekat manis tu. Gantikan guna susu cair atau apa-apa susu lain la. Pandai-pandai sendiri la nak adjustkannya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: