Arkib untuk Februari, 2008

RAHSIA HARI LAHIR WANITA

Posted in Pedoman & Keinsafan on Februari 6, 2008 by alisetan85

pic 1

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

pic 2KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Advertisements

MENGENALI LELAKI MELALUI ZODIAK

Posted in Pedoman & Keinsafan on Februari 6, 2008 by alisetan85

1001191595_f14926ae8c

Leo (24 Julai – 23 Ogos)

Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego…(jejaka leo memang gitu). Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo. WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.

Virgo (24 Ogos – 23 September)

Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan. Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng.. kuat merajuk) WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter “over welming”.. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 Spetember – 23 Oktober)

Orang nya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem

Scorpio ( 24 Oktober – 23 November)3003409742_3a8d0daa1f

Orang nya: action serius, mudah cemburu, mood swing.. Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dgn org lain. WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio…(jgn kata guek tak kasi warning)

Sagitarius ( 23 November – 21 December)

Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dpt memang untung… Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan… WARNING: Jgn “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’.

Capricon ( 22 December – 20 Januari)

Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal WARNING: Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…

Aquarius ( 21 Januari – 19 Februari)

Orang Nya: Pijak semut tak mati.. Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so sbelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu

Pisces (20 Februari – 20 Mac)

Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Tips utk memikat: Kasi jer belacan… WARNING: Diorang tak suka macam belacan!

Aries (21 Mac – 20 April)

Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent, Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

Taurus (21 April – 21 Mei)

Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri… Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u.. WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang… kesian takde orang lain layan…

Gemini (22 Mei – 21 Jun)

Orang nya: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nya Tipa utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua. WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

pic 4Cancer ( 22 Jun – 23 Julai)

Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya) Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas. WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…

Haiwan & Zodiak

Posted in Umum on Februari 6, 2008 by alisetan85

Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm… pasti kamu akan mengenali diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!

KUCING
01 – 05 Februari
24 – 31 Mac
25 – 30 Jun
27 – 31 Julai
15 – 27 September
17 – 30 November

TIKUS
10 – 24 Januari
16 – 23 Mac
15 – 26 April
01 – 03 Jun
01 – 09 Julai
16 – 25 Ogos

ARNAB
01 – 09 Januari
01 – 03 April
15 – 20 Jun
10 – 15 Julai
28 – 30 September
01 – 16 Disember

SINGA
25 – 31 Januari
13 – 15 Mac
22 – 31 Mei
01 – 16 November

MERPATI
06 – 14 Februari
14 – 21 Mei
16 – 26 Julai
01 – 14 September
26 – 31 Disember

PENYU
15 – 21 Februari
27 – 30 April
04 – 14 Jun
26 – 31 Ogos
16 – 27 Oktober

MONYET
01 – 12 Mac
01 – 13 Mei
21 – 24 Jun
01 – 15 Ogos
01 – 15 Oktober
17 – 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 – 28 Februari
04 – 14 April
28 – 31 Oktober

ARNAB

Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING

Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET

Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, ‘hidup mesti ceria!’ Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG

Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS

‘Diam-diam ubi berisi’ itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA

Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

PENYU

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti ‘talam dua muka’.

MERPATI

Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu

SEJARAH AYAT KURSI

Posted in Pedoman & Keinsafan on Februari 6, 2008 by alisetan85

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar
kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan
terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan
menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhamma. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

hikmat ayat kursi

Posted in Pedoman & Keinsafan on Februari 6, 2008 by alisetan85

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.”

KHUTBAH RASULULLAH MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Posted in Pedoman & Keinsafan on Februari 6, 2008 by alisetan85

Wahai manusia!
Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
Inilah bulan kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah.
Bermohonlah kepada Allah Rabb mu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbing mu untuk melakukan syiyam dan membaca kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan yang agung ini.
Kenanglah akan rasa lapar dan haus mu, maka lagi dasyat kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada fakir dan miskin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, jaga lidah mu, tahan pandangan mu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan tahanlah pendengaran mu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. sambunglah tali persaudaraan,
Kasihanilah anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solat mu kerana itulah saat-saat yang paling utama dan indah yakni ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih;
Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan doa mereka ketika mereka meminta kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggung mu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.
Ketahuilah!
Allah Ta’ala bersumpah dengan segalakebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb Al-’Alamin.
Wahai manusia!
Barangsiapa diantara kamu memberi makan berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi keampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
Sahabat-sahabat bertanya:
” Ya Rasulullah!Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”
Rasulullah meneruskan:
Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Siapa yang memperbaiki ahlaknya di bulan ini maka dia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.
Barang siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan -Nya.
Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
Barangsiapa melakukan solat fardhu, baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu dibulan yang lain.
Barang siapa memperbanyak selawat kepada ku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.
Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur’an pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu.
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.
Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata,: ku berdiri dan berkata,
“Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”
Jawab Nabi:
“Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

Posted in Pedoman & Keinsafan on Februari 6, 2008 by alisetan85

KAJIAN 25 TAHUN DATO’ FADZILLAH KAMSAH

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu
Daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga
Punya bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Cepat marah & cepat sejuk
Suka bercakap & berdebat
Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan & pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk kawal tak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relax
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih & penyayang
Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur S
angat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun
Kecantikan luar & dalam
Tidak pandai berbohong & berpura-pura
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan orang lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan & pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar O
rang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang “tough” (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik