SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia

Posted in Sihat Ke?? on Oktober 26, 2009 by alisetan85

Kajian sainstifik 3 pensyarah Universiti Malaya (UM) membuktikan solat yang di wajibkan kepada umat Islam setiap hari bukanlah 1 amalan kerohanian tetapi mempunyai rahsia tersirat terhadap fizikal dan mental terutamanya meningkatkan tahap kesihatan manusia.

Solat sebagai rukun Islam yang wajid bi lakukan oleh umat Islam sudah banyak kajian di lakukan pada sudut kerohanian…Bagaimana pun pernahkah kita semua terfikir akan pengertian setiap gerak kan??? Contohnye qiyam,rukuk,sujud,tahyatul awal dan akhir??Adakah pergerakan ini hanyalah semata2 pergerakan sahaja?? Atau pun mempunyai maksud yang tersendiri??

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang di lakukan setiap 5 kali sehari bukan hanya 1 amalan kerohanian yang mendekati manusia kepada Penciptanya sahaja tetapi kehebatan solat ternyata begitu menakjubkan terhadap tubuh badan manusia itu sendiri..Hasil kajian sainstifik membuktikan kewajiban umat Islam seharian ini mempunyai maksud yang tersirat dan hikmahnya terhadap fizikal dan mental manusia.Lebih membanggakan hasil kajian ini di peroleh dari universiti tempatan dan ia melibatkan  peserta bukan Islam dan pensyarah dari Jabatan Kejuteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan UM yang di ketuai oleh Prof Dr Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Chok.

Penggerak kepada kajian ini adalah Perdana Menteri Malaysia,Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kajian ini bermatlamat untuk menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular,komposisi tubuh isyarat otak dan aktiviti otot…

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas – Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

solat1

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Ng Siew Chok – Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

solat2Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.


Dr Fatimah Ibrahim – Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Bagaimana Memilih Lelaki

Posted in Umum on Jun 25, 2009 by alisetan85

pic 1

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri neraka dunia?.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1.Bagaimana agamanya?
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.

Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.

2.Bagaimana dia melayani ibu bapanya?
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.

Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3.Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda?
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.

4.Bagaimana keluarga melayaninya?
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5.Siapa sahabatnya?
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.

6.Apakah kegiatan hidupnya?
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.

Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.

7.Lihatlah diri anda sendiri?
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.

Kisah Bapak & Anak

Posted in Lucu Ke?? on April 14, 2009 by alisetan85

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus, akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu). Si anak dah rasa x best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau x, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej x payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej….

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor… menyusahkan plak tu…

Bole Percaya Ke ??

Posted in Lucu Ke?? on April 14, 2009 by alisetan85

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita mengencing orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

5. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

6. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

7. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom air meleleh di lubang telinga.

8 Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

9. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

10. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-‘dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

11. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

12. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

13. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

14. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

15. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Posted in Sihat Ke?? on April 13, 2009 by alisetan85

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Salam semua..

Di sini aku ingin berkongsi bersama2 dengan pembaca smua, dimana aku telah mendapat sebuah email yang aku rasa menarik tuk di kongsi bersama. Artikel ini menarik di mana pengalaman seorang ayah menangani penyakit yang di alami oleh anak sulungnye..Aku harap dengan penyebaran artikel ini dapatlah kita semua menanfaatkan. Amik yang baik dan jadikan ia sbg pengajaran….

SELAMAT MEMBACA !!!


Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub.

Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman” . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:-

1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya.

Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja .

Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta di diagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

bahagian ayam

P/S :- KEPADA PARA PEMBACA, JADIKAN IA SEBAGAI IKTIBAR DAN JANGAN SESEKALI MENGETEPIKAN ILMU PERAWATAN ISLAM. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KITA TIDAK KETAHUI.

Persembahan Malam ABPBH’08

Posted in Umum on April 13, 2009 by alisetan85

Salam..

Aku ingin berkongsi dengan kalian sekalian mengenai persembahan pada Anugerah Bintang Popular 08. Bagi diri aku, persembahan yang menggabungkan 2 zaman yang berbeza adalah menarik dan juga menghiburkan. Untuk mengetahui apa yang aku maksudkan adalah :-

SELAMAT MENONTON

Angka Yang Tersurat & Tersirat Dalam Al-Quran

Posted in Pedoman & Keinsafan on April 10, 2009 by alisetan85

Keajaiban angka di dalam Al Qur’an..

Pelik Tetapi Benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75 kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32 kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.